Pada 10.10.10, En Shukor dan isterinya Pn Azlinda telah mengadakan majlis open house di sebelah siang dan marhaban di sebelah malam.Sempena majlis tersebut juga En Shukor telah menempah 50 btg lolly choc bentuk bunga dan 33 btg daisy lolly choc. Terima kasih FC ucapkan atas tempahan tersebut dan terima kasih atas undangan beliau sekeluarga.Pastinya FC tidak ketinggalan utk hadir disebabkan penangan sate En Shukor dan Pn Azlinda yg mmg sedap itu.Harap En Shukor akan menempah lg coklat dari FC hehe..
Lolly choc sunflower di bawah ini adalah order daripada Puan Marina sempena majlis marhaban. Beliau menggabungkan angpau dan lolly choc utk diberikan kpd kanak2 pada majlis tersebut. Terima kasih kepada Pn Marina sekeluarga
Order dari Cik Fiza untuk hantaran majlis pertunangan beliau pada 10.10.10...28 biji loose coklat assorted flavour dan 12 biji oreo bertulisan tangan (permintaan dari Cik Fiza) dalam kotak transparent
FC mengucapkan Selamat Bertunang kepada Cik Fiza dan En Zaki..semoga majlis anda dirahamatiNya..
Pn Saidah menempah lolly choc bergambar bunga 4 kuntum sahaja (sebab colournya ceria mungkin) utk diberikan pd kanak2 pd majlis jamuan raya yang diadakan di Pulai Springs..Terima kasih Puan Saidah
Doorgift sebanyak 70 unit di bawah ini di tempah oleh Pn Fadhilah utk diberikan kpd tetamu pada majlis doa selamat yang diadakan sempena keberangkatan beliau utk mengerjakan Haji pd bulan November dpn. FC ingin mengucapkan selamat berangkat kpd beliau . semoga mendapat haji yang mabrur, insyaallah....
Baru-baru ini, dalam musim raya, Cikgu Wafi telah menempah 80 biji oreo bergambar hari raya (termasuk gambar upin ipin berbaju melayu) utk dihadiahkan kpd pelajarnya yang memenangi pertandingan yg telah dianjurkan oleh beliau (FC lupa nak tanya pertandingan apa hehehe). Oleh kerana FC tidak sempat mengambil gambar, Cikgu Wafi yang sememangnya dlm proses melengkap kan diri utk bergelar cameraman telah bermurah hati mengambil gambar coklat oreo tersebut. Thanx Cikgu Wafi, akan dtg blh order lagi ye..